Ceritera Orang Kaunter
![]() |
| kredit to Kolej Komuniti Sungai Petani #pinjam pic kaunter #cantik |
Pekerja kaunter? barisan hadapan? Satu tugasan yang jelek dan bertaraf rendah dimata orang tetapi aku cukup bangga menjawat jawatan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan (nama glamour).
Sudah ditakdirkan nasib dan rezeki aku ,Allah SWT meletakkan aku untuk berkhidmat dibahagian kaunter.Walau aku tak pernah untuk termimipikan untuk bekerja seperti ini .
Suasana kaunter aku? Tak sibuk pun! Bukan membabitkan bayaran untuk orang awam,kadang-kadang sekadar 2-3 orang sahaja pelanggan yang datang (dari luar) yang lainnya banyak tugasan menjawab panggilan telefon sajalah!
Aku memang duduk bersendirian di kaunter..aman..bahagia...sepi itu indah...
Tapi tahukah kalian semua, ramai yang tak boleh menggantikan tempat ini kalau saya bercuti....
Siapalah mampu duduk setempat selama lapan jam????
Maka dengan itu aku cukup bangga kerana dapat mengisi kerusi panas ini ! tempat bertuah!

No comments:
Post a Comment